Saidina Ali yang Berani
posted at: Thursday, March 14, 2013 | 9:13 PM | 0 Kiss! | Leave me a Kiss?



Pada suatu malam yang hening, satu pasukan yang ditugaskan untuk membunuh sekujur insan mulia di dalam sebuah rumah yang kecil. Mereka sudah bersiap untuk menyerang pada bila-bila masa sahaja. Menunggu arahan. Tiba-tiba, mata mereka teramat mengantuk. Tiada siapa boleh menghalang rasa kantuk yang menyerang.

Termasuklah salah seorang daripada pasukan itu, syaitan menyelinap, menyamar, juga tertidur dan tidak sedarkan diri. Beberapa lama kemudiannya, pasukan itu bangun terpinga-pinga menuju ke rumah sasaran mereka. mereka terus meluru masuk ke gerabak rumah yang dituju dan melihat sekujur badan sedang tidur di atas lantai.

Sebelum mengangkat pedang menikam insan yang berselimut itu, mereka sempat menarik selimut dan jelas terlihat, insan yang tidur di pembaringan bukanlah Muhammad S.A.W. tetapi Ali r.a.

Dengan beraninya, Saidina Ali r.a menghalau rombongan jahat tersebut. Dengan bercampur perasaan marah dan malu, rombongan itu pulang dengan kegagalan. Kecintaan Saiyidina Ali r.a yang luar biasa terhadap Baginda s.a.w. mendorong beliau sanggup berkorban menggantikan tempat tidur Baginda s.a.w.

Lihatlah keberanian remaja Islam yang lahir hasih tarbiyah Rasulullah s.a.w. Berani dan sanggup berkorban demi DAKWAH! Masih muda namun sudah berjuang ala-ala orang dewasa. 

Labels: , ,



시우민 Girl♡

I don't care if you don't like me...
BECAUSE
I like Me
Follow + Dashboard

(11)월 2013 년

M T W T F S S
1 2 3
4 5 6 7 8 9 10
11 12 13 14 15 16 17
18 19 20 21 22 23 24
25 26 2728 29 30

Tumblr!


The Past...


Whisper me!

The Star!

Theme by: Kiimy Ys
Pictures: WeIt & Tumblr
Editor: You