13 Aurat Kaum Wanita
posted at: Sunday, April 14, 2013 | 5:41 AM | 0 Kiss! | Leave me a Kiss?




Assalamualaikum wbt..
Bismillahirahmannirahim, Alhamdulillah hari ini saya dapat meluangkan masa dengan para wanita sekalian tentang aurat. Kaum Adam juga wajib mengetahuinya agar nanti cari isteri yang menepati cir-ciri yang awak nak. Kali ini saya menitik beratkan tentang aurat wanita kerana saya juga wanita. Saya malu apabila melihat saudara seIslam saya suka mendedahkan auratnya. Malulahhh -,-

Di bawah ini ada 13 batasan aurat wanita seperti yang dinyatakan dalam Al-Quran dan Hadis :

1. Bulu Kening
    Menurut Bukhari: "Rasulullah saw melaknat perempuan yang mencukur (menipiskan) bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening. (Riwayat Abu Daud)

2. Kaki (tumit kaki)
    "Dan janganlah mereka (perempuan) menghentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan." (Surah An Nur : 31)
    Turut dimaksudkan dalam ayat ini termasuklah:
    - menampakkan kaki
    - melenggokkan badan mengikut hentakan kaki

3. Wangian
   "Sesiapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian, kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zina." (Riwayat An Nasai, Ibnu Khuzaimah, Ibnu Hibban)

4. Dada
    "Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi dada-dada mereka." (Surah An Nur : 31)

5. Gigi
   'Rasulullah saw melaknat perempuan yang mengukir giginya supaya menjadi cantik yang merubah ciptaan Allah.' (Riwayat Bukhari dan Muslim)

6. Muka dan Leher
    'Dan ingatlah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasanmu seperti orang jahiliah yang dahulu.' (Hadis)
    Maksudnya bersolek dan sengaja membiarkan ikatan tudung terbuka yang menampakkan leher seperti orang jahiliyah.

7. Muka dan Tangan
    Asma' binti Abu Bakar telah menemui Rasulullah saw dengan memakai pakaian yang tipis (nipis). Sabda Rasulullah saw: "Wahai Asma' ! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah sahaja." (Riwayat Muslim dan Bukhari)

8. Tangan
    'Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya.' (Riwayat Al-Tabrani dan Baihaqi)

9. Mata
    'Dan katakanlah kepada perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pandangan mereka.' (Surah An Nur : 31)
    'Jangan sampai pandangan pertama mengikut pandangan yang lain. Kamu hanya boleh memandang pada pandangan yang pertama sahaja, adapun pada pandangan seterusnya tidak dibenarkan.' (Riwayat Ahmad, Abu daud dan At Tarmizi)

10. Mulut
     'Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik.' (Surah Al-Ahzab : 32)
     'Sesungguhnya, nada umatku yang meminum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi.' (Riwayat Ibnu Majah)

11. Kemaluan
      Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka, dan menjaga kemaluan mereka (jangan berzina). (Surah An Nur : 31)

12. Pakaian
      'Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong kepada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya.' (Riwayat Bukhari dan Muslim)
      Yang dimaksudkan disini ialah:
      - berpakaian nipis (jarang)
      - berpakaian ketat (mengikut bentuk tubuh)
      - berpakaian terbelah (membuka bahagian-bahagian tertentu)
      ' Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu, dan isteri orang-orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (yang labuh dan longgar), yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali. Lantaran itu mereka tidak akan diganggu. Allah Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang'. (Surah Al-Ahzab : 59)

13. Rambut
     'Wahai anakku Fatimah, adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya.' (Riwayat Bukhari dan Muslim) 

Inilah hasil saya setelah penat menaip dan mencari idea. Sebenarnya tak penat pun, kalau sekadar ilmu itu saya ikhlas berkongsi. Tolong sahabat sekalian, bacalah beribu kali pun. Takutlah kamu semua dengan azab pedih Allah :')
Jazakallah Khairin........ Assalamualaikum



시우민 Girl♡

I don't care if you don't like me...
BECAUSE
I like Me
Follow + Dashboard

(11)월 2013 년

M T W T F S S
1 2 3
4 5 6 7 8 9 10
11 12 13 14 15 16 17
18 19 20 21 22 23 24
25 26 2728 29 30

Tumblr!


The Past...


Whisper me!

The Star!

Theme by: Kiimy Ys
Pictures: WeIt & Tumblr
Editor: You