Awak pintar jauhi ZINA
posted at: Wednesday, May 1, 2013 | 3:18 AM | 0 Kiss! | Leave me a Kiss?



Assalamualaikum wbt.
Kesempatan yang saya ambil ini untuk kongsi berkenaan *tengoklah tajuk tu*. Salah satu kegunaan blogger iaitu berkongsi ilmu yang ada. So, mulakan dengan BISMILLAH akhiri dengan ALHAMDULILLAH :P

Zina ialah satu dosa yang sangat besar dan keji serta seburuk-buruk jalan yang ditempuh oleh seseorang. Hal ini berdasarkan Firman Allah S.W.T. dalam Surah Al-Isra' ayat 32 yang bermaksud: "Dan janganlah kamu menghampiri zina itu adalah Fahishah (perbuatan keji) dan seburuk-buruk jalan (yang ditempuh oleh seseorang)." (Surah Al-Isra' 17:32)

TOLAK ZINA
Iman Al-Qurtubi dalam menjelaskan Firman Allah s.w.t.: "Janganlah kamu mendekati zina", berpandangan maknanya lebih mendalam berbanding perkataan" "Janganlah kamu berzina." Maksud menjauhi zina dalam kata lain iaitu: "Dan janganlah kamu mendekati zina sikit pun."
Menurut Ibn Kathir pula dalam tafsirnya, arahan ini bermaksud: "Janganlah kamu mendekati apa-apa jua perkara atau penyebab yang berkaitan dengan zina kerana dibimbangi ia akan mendorong kepada perlakukannya."
Jika dikaitkan dengan perkembangan semasa, ini termasuklah pergaulan bebas, menonton filem lucah, lama web yang menaikkan nafsu syahwat dan sebagainya.
Fahishah menurut ahli bahasa ialah perbuatan maksiat yang sangat buruk lagi hina. Dalam sebuah hadis, Nabi s.a.w. pernah menyifatkan orang yang beriman tidak sepatutnya mempunyai sifat fahish ini.
Dalam ayat ini, zina disifatkan sebagai (seburuk-buruk jalan) kerana menyebabkan orang yang melakukannya masuk ke dalam neraka.

IMPAK ZINA MENURUT AL-QURTUBI
1. Muncul rasa permusuhan kerana si penzina dipandang sebagai musuh oleh kaum kerabat wanita itu.
2. Berlakunya kekeliruan dalam nasab keturunan.
3. Salah dalam pembahagian warisan dan berpotensi memusnahkan institusi kekeluargaan.
4. Tersebarnya pelbagai penyakit berbahaya dan memudaratkan umat manusia.

MELIHAT BALASAN ZINA dalam PERISTIWA ISRAK MIKRAJ
- Baginda diperlihatkan keadaan lelaki dan perempuan yang diletakkan di hadapan mereka dua biji piring. Sebiji piring berisi piring yang dibangkitkan selera manakala sebiji berisi daging busuk. Mereka lebih gemar memakan daging busuk itu dan langsung tidak menyentuh daging yang membangkitkan selera. Rasulullah s.a.w. diberitahu oleh Jibrail bahawa mereka tergolong dalam kalangan orang yang suka berzina.
- Allah turut memperlihatkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. keadaan sekumpulan manusia yang digantung dengan rantai api neraka pada buah dada mereka. Sementara dari faraj mereka pula keluar nanah busuk menyebabkan ada dalam kalangan ahli neraka itu sendiri tidak senang melihat keadaan mereka dan meminta dijauhkan. Menurut Jibrail mereka daripada kalangan orang yang tidak menjaga kehormatan.

PELUANG TERBUKA LUAS
Bagi insan yang pernah melakukan maksiat kepada Allah, bertaubatlah kepada Allah s.w.t. kerana pintu taubat sentiasa terbuka. Allah s.w.t. berfirman mengingatkan menerusi mafhum firman-Nya: "Katakanlah, wahai hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dengan rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa semuanya. Dialah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Surah al-Zumar 39:53)

ANEKDOT
Dalam sebuah hadis daripada Abu Umamah, ada seorang pemuda datang kepada Rasulullah s.a.w. seraya berkata: "Wahai Rasulullah, izinkan aku berzina." Sekumpulan manusia menghampiri pemuda itu dan memarahinya, lantas berkata: "Diam kamu!"
Rasulullah s.a.w. bersabda: "Dekatkanlah pemuda itu (kepadaku)." Rasulullah meminta pemuda itu duduk di hadapannya lalu ditanyakan beberapa soalan. "Apakah kamu suka seseorang berzina dengan ibumu?" "Demi Allah, tidak. Semoga Allah menjadikanku sebagai tebusanmu."
Rasulullah bertanya semua: "Apakah kamu suka seseorang berzina dengan anak perempuanmu?" "Demi Allah, tidak. Semoga Allah menjadikanku sebagai tebusanmu."
"Begitu juga orang lain, tidak ada orang suka anak perempuannya berzina." Rasulullah melanjutkan soalannya: "Apakah kamu suka seseorang berzina dengan saudara perempuanmu?" "Demi Allah, tidak. Semoga Allah menjadikanku sebagai tebusanmu."
"Begitu juga orang lain, tidak sesiapa yang suka saudara perempuannya berzina dengan orang lain." Rasulullah bertanya lagi: "Apakah kamu suka seseorang berzina dengan mak cikmu?" "Demi Allah, tidak. Semoga Allah menjadikanku sebagai tebusanmu."
"Begitu pula orang lain, tidak ada yang suka seseorang berzina dengan ibu saudara sebelah ayahnya. Soalan demi soalan diajukan Rasulullah: "Apakah kamu suka seseorang berzina dengan ibu saudara sebelah ibumu?" "Demi Allah, tidak. Semoga Allah menjadikanku sebagai tebusanmu."
"Begitu pula orang lain, tidak ada yang suka saudara ibunya berzina dengan orang lain."
Lalu Rasulullah s.a.w. meletakkan tangan Baginda di atas tubuh pemuda itu sambil berdoa: "Ya Allah, ampunilah dosa-dosanya, bersihkanlah hatinya dan peliharalah kemaluannya."
Perawi berkata: "Setelah kejadian tersebut, pemuda itu tidak lagi melakukan sesuatu apa pun (yang diharamkan)." (Riwayat Ahmad)

PENGAJARAN
Motivasi adalah perkara penting dalam usaha menghindari zina. Bagaimana? Jika terniat untuk melakukan sesuatu perkara terkutuk ini, segera bayangkan jika perkara tersebut menimpa orang yang kita sayang. Biasakan diri juga dengan doa dan bergaullah dengan alim dan ulama. Sungguh! Ia antara jalan untuk perbaiki diri dari semasa ke semasa.

MUHASABAH
Biasanya, zina bermula daripada mata dan kemudian jatuh ke hati. Apabila sudah jatuh ke hati, itu alamat cinta sudak berputik. Dan jika tidak ditapis dengan iman, si pencinta boleh terjebak dalam kancah zina.
Daripada mengubat, lebih baik mencegah. Sebab Islam itu mengajar agar menundukkan pandangan. Ini termasuk apabila berada di hadapan orang ramai mahupun ketika bersendiri. Tanpa orang lain di sisi, kita mungkin lebih berani menonton bahan yang tidak patuh syariah dengan sekali klik di Internet!



시우민 Girl♡

I don't care if you don't like me...
BECAUSE
I like Me
Follow + Dashboard

(11)월 2013 년

M T W T F S S
1 2 3
4 5 6 7 8 9 10
11 12 13 14 15 16 17
18 19 20 21 22 23 24
25 26 2728 29 30

Tumblr!


The Past...


Whisper me!

The Star!

Theme by: Kiimy Ys
Pictures: WeIt & Tumblr
Editor: You