Saya Suka Al-Quran, tetapi.......
posted at: Saturday, June 8, 2013 | 12:58 AM | 1 Kiss! | Leave me a Kiss? 

Assalamualaikum w.b.t
Nampak sedikit perubahan tak, blog bertukar wajah. Tetibe rajin. Bismillah....
Hari ini nak buat perkongsian sikit tentang Al-Quran. Remaja kena ada minat mendalam untuk membaca Al-Quran, kalau tak cane nak bimbing bakal keluarga *mendalam tak*.
Saya suka baca Al-Quran tapi....
APABILA SUKA, PERLU USAHA... SUPAYA TIDAK BERDUKA SETELAH MENCUBA.
APABILA SUKA, PERLU BERSUNGGUH... SUPAYA TIDAK KECEWA JIKA TERJATUH.
APABILA SUKA, PERLU PERTOLONGAN... SUPAYA TIDAK KESEORANGAN APABILA KEGAGALAN.
Sebagai Muslim, Al-Quran perlu sentiasa menjadi pendamping. Namun dalam kehidupan yang mencabar kini, ditambah aktiviti yang tidak sudah menjadikan hubungan kita dengan Al-Quran kekadang renggang. Ditambah lagi dengan pelbagai persoalan yang kadangkala membuntukan. Nak penyelsaian, jom mari baca lagi.
1. Saya suka mengaji Al-Quran tetapi saya tak pandai tajwid. Banyak sangat hukum tajwid, susah nak ingat.
- Membaca Al-Quran dengan bertajwid hukumnya wajib. Namun, jangan jadikan tajwid yang dianggap susah sebagai alasan untuk tidak mengaji. Belajar sedikit demi sedikit dan konsisten. Cari guru atau kawan yang senang untuk berinteraksi dan sudi membantu.
2. Saya ingin jadi seperti kawan-kawan yang faham makna Al-Quran, tetapi saya tidak bahasa Arab.
- Sangat beruntung jika kita dapat memahami bahasa Arab dan kandungan Al-Quran. Usahakan untuk mempelajari bahasa Arab jika berkesempatan. Sementara itu, baca juga terjemahan atau tafsir ayat Al-Quran. Insya-Allah, kita mampu menghayati kandungannya. Allah berfirman yang bermaksud: "Ini sebuah kitab yang kami turunkan kepadamu yang penuh berkat supaya kamu memperhatikan ayat-ayatnya dan supaya mendapat pelajaran bagi orang yang mempunyai fikiran." (Surah Sad 38:29)
3. Saya lebih selesa memakai t-shirt dan beralaskan tuala di atas kepala sebagai syarat menutup aurat ketika membaca Al-Quran di rumah, Lebih mudah, lebih selesa.
- Menutup aurat bukanlah syarat wajib ketika membaca Al-Quran, tetapi ia merupakan adab yang perlu dipelihara. Cuba bayangkan kita menghadiri kenduri kahwin dengan memakai t-shirt dan seluar slack (bagi perempuan), tentu kurang sesuai. Mesti rasa janggal dan kurang sempurna. Sebaliknya, berwuduklah, tutup aurat dan mengadap kiblat.
4. Saya suka meletakkan sasaran jumlah ayat yang perlu dibaca apabila mengaji Al-Quran, tetapi saya selalu mengantuk sebelum mencapai sasaran. Kalau baca novel, tak pernah pula mengantuk.
- Mempunyai matlamat merupakan satu permulaan yang baik. Mintalah perlindungan daripada Allah dengan membaca ( أعوذ بالله من الشيطان الرجيم )
- Allah berfirman yang bermaksud: "Apabila kamu membaca Al-Quran, hendaklah meminta pertolongan kepada Allah daripada syaitan yang terkutuk." (Surah al-Nahl 16:98). Selain itu, bacalah dengan suara yang boleh didengar oleh telinga sendiri , Insya-Allah ia mampu membangkitkan semangat.
5. Saya suka membaca Al-Quran, tetapi saya tak mempu membaca banyak kerana belum lancar sepenuhnya. Kadang-kadang timbul rasa rugi dan sedih sangat.
- Biar sedikit tetapi istiqamah. Jangan baca seorang diri, tetapi carilah kawan atau sesiapa sahaja yang dapat menyemak dan memantau bacaan. Orang tersebut tidak semestinya ustazah, tetapi boleh juga kawan yang fasih membaca Al-Quran.
6. Saya suka membaca Al-Quran, tetapi untuk mengajar orang lain, saya kurang yakin.
- Ilmu yang dimiliki perlu dikongsi, jika tidak ia mudah hilang. Jika rasa tidak yakin untuk mengajar orang lain, maka pertingkatkan ilmu. Jika rasa tidak yakin kerana tidak pernah mencuba, cubalah. Moga ilmu itu bermanfaat dan menjadi syafaat. Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud: "Sebaik-baik orang antara kamu ialah orang yang belajar Al-Quran dan mengajarkannya." (Riwayat al-Bukhari)
7. Saya suka dan selalu diberi peluang untuk menyemak bacaan Al-Quran kawan-kawan, tetapi saya tidak selesa untuk memperbetulkan bacaan mereka. Takut mereka berkecil hati pulak.
- Memperbetulkan perkara yang salah merupakan satu kewajipan setiap Muslim. Cuba bayangkan jika kita tidak menegur bacaan tersebut dan kawan kita terus dengan kesalahan hingga dewasa. Pasti kita perlu bertanggungjawab terhadap kesalahan tersebut.
- Jangan takut dia berkecil hati, mungkin itu sangkaan sahaja. Mana tahu kalau-kalau dia sangat berterima kasih dan menjadi sahabat yang baik dalam membaca Al-Quran.
8. Saya suka mengaji Al-Quran dan boleh membaca dengan lancar, tetapi saya akan menjadi gugup jika ada orang menyemak bacaan saya.
- Tidak salah jika kita mengaji bersendirian, namun sekali-sekala bacaan kita perlu disemak. Nabi Muhammad s.a.w. sendiri disemak bacaannya oleh malaikat Jibril pada Ramadan. Apalagi kita sebagai umatnya.
- Gugup hanya satu perasaan yang perlu diatasi, Memperdengarkan bacaan kepada orang lan mampu meningkatkan kemahiran dan membaiki kesalahan yang tidak disedari selama ini. Lama kelamaan kita pasti berasa seronok.

Hihi, sangat buruk tulisan tu. Apa-apa pun mesej sampai. Alhamdulillah. Bergembiralah duduk di sini, capai ilmu tu :)
1 Comments:
info yang sangat bagus .thanks sharing
Post a Comment
Back to the Blog?