7 Pintu Neraka
posted at: Thursday, July 25, 2013 | 1:07 AM | 0 Kiss! | Leave me a Kiss?


Assalamualaikum, sahabat fillah.
cane hari ni? Lapar? Tak sangka sudah pertengahan Ramadhan, bulan penurunan Al-Quran. Perbanyakkan beribadat, pahala menanti anda semua.

"Cane nak kutip pahala? Cane nak tau kita dapat pahala?"

"Bila anda banyak beribadat pada Allah, berbuat baik pada makhluk Allah, pahala ada untuk anda. Pahala tak pernah habis, begitu juga dosa. Senang cite, pahala dosa hanya Allah yg Maha Mengetahui."

Dah tengok tajuk belum. 7 Pintu Neraka? Haa, nak cite pasal 7 Pintu Neraka. Dengar bebaik k. Bukan dengar tapi baca bebaik.


1. HAWIYAH penghuni:
- Wanita Muslim yang tidak menutup aurat.
- Lelaki Muslim yang memakai sutera dan emas.
-Memakan harta haram seperti riba.

2. JAHIM penghuni:
- Golongan yang mensyirikkan Allah.

3. SAQAR penghuni:
- Mereka yang meremehkan solat.
- Tidak menunaikan zakat.
- Mendustakan hari akhirat.
- Menyokong kebatilan dan mempertahankannya.

4. LAZA penghuni:
- Manusia yang suka mengumpulkan harta.
- Tamak dan rakus dengan harta.

5. HUTAMAH penghuni: 
- Manusia yang suka mengumpat dan mencela.
- Manusia yang mengumpulkan harta dan menganggap hartanya menjamin kehidupan.

6. SA'IR penghuni:
- Golongan yang memakan harta anak yatim.
- Mereka yang kufur kepada Allah.

7. WAIL penghuni:
- Golongan yang lalai dalam solat dan meninggalkannya.

"AzabNya yang paling ringan pun mampu menggelegakkan otak, inikan pula azab-azab yang lain. Sedangkan serpihan bara api dunia pun sudah mampu membuat kita terlolong kesakitan, inikan pula bara Neraka."

Surah Al-Lail ada ceritakan tentang neraka. Ibn Kathir menyatakan penghuni neraka merupakan golongan yang paling celaka dan diazab dengan azab enam dimensi.

Apa maksud azab enam dimensi????
Maksudnya, penghuni neraka diazab dengan api daripada semua penjuru, sama ada dari atas, bawah, kiri, kanan, depan, dan belakang yang mengepung mereka.

Mengapa penghuni neraka ini disebut sebagai golongan paling celaka oleh Allah?
Allah menjawab dalam Surah Al-Lail ayat ke 16, mereka dicelakakan kerana mendustakan kebenaran yang telah datang pada mereka dan mereka juga berpaling daripada mengamalkan suruhan yang wajib atas mereka.

Dalam hal ni jugak, Rasulullah SAW pernah bersabda: "Setiap daripada kalangan umatku akan masuk ke dalam syurga kecuali mereka yang enggan."

Para sahabat tanya: "Siapakah yang enggan itu?"

Jawab Nabi SAW: "Sesiapa yang mentaati aku, maka dia akan masuk syurga. Sesiapa yang bermaksiat (mengingkari) maka dia enggan masuk ke dalam syurga." (Riwayat al-Bukhari)

Kukuhkan iman dengan menunjangi enam rukun iman. 
Seronok tak? Rasa takut tak, nak buat dosa? Kalau masih tak takut, pergi negara Arab yang melaksanakan hukum hudud, kasi tengok live. Sedikit perkongsian, harap anda memahami dan tingkatkan iman korang termasuk aku. Assalamualakum :)

Penceramah: Ahmad Husni Abd Rahman



시우민 Girl♡

I don't care if you don't like me...
BECAUSE
I like Me
Follow + Dashboard

(11)월 2013 년

M T W T F S S
1 2 3
4 5 6 7 8 9 10
11 12 13 14 15 16 17
18 19 20 21 22 23 24
25 26 2728 29 30

Tumblr!


The Past...


Whisper me!

The Star!

Theme by: Kiimy Ys
Pictures: WeIt & Tumblr
Editor: You